Saturday, June 27, 2009

PELATIH BARU SESI JULAI 2009

Seramai 11 orang Pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan Sesi Julai 2009 hingga Jun 2010 akan melapor diri pada 1.7.2009 di Jabatan Patologi, Hospital Keningau untuk menjalankan latihan praktikal mereka selama satu tahun.

Preseptor bagi Pusat Latihan Amali, Diploma Teknologi Makmal Perubatan (KKM), Hospital Keningau sejak ia menjadi Pusat latihan pada 2004, En. Donil Gitom memaklumkan bahawa mereka terdiri dari 3 orang lelaki dan 8 orang perempuan.

Penempatan pelatih wanita di Asrama Jururawat, Hospital Keningau belum dapat dibuat sehingga akhir Julai 2009 kerana Asrama tersebut masih dalam proses penyelenggaraan.

Preseptor yang baru akan dilantik untuk menggantikan tugas En. Donil yang akan bertukar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 12 Julai 2009 kerana kenaikan pangkat. Beliau mencadangkan tugas tersebut diambil alih oleh pembantu beliau iaitu En. Galusin @ George Kipa.

Sunday, May 24, 2009


LAWATAN PEMANTAUAN KETUA PROGRAM
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
Keningau, 03 April 2009 - Ketua Program Kursus Diploma Teknologi Makmal Perubatan, KSKB Kuching, Sarawak Puan Noorazlyn Abdullah telah membuat lawatan di Pusat Latihan Praktikal, Hospital Keningau bersama dengan seorang pengajar kolej berkenaan baru-baru ini.
 
Semasa lawatan tersebut selama 3 hari beliau telah membuat kunjungan hormat Ketua Jabatan Patologi diiringi Preseptor Tempatan, En. Donil Gitom. Beliau juga mengadakan sesi perbincangan bersama local preceptor latihan mengenai cadangan penghantaran pelatih pra klinikal pada bulan Mei 2009. 

Beliau juga telah mengadakan sesi perbincangan khas dengan 12 orang pelatih JTMP ambilan Jan 2007 yang akan menamatkan latihan amali mereka pada penghujung bulan Jun 2009 di Hospital Keningau.



Puan Noorazlyn (tengah) bergambar 
kenangan dengan Local Preceptor 
dan pelatih JTMP

Wednesday, May 20, 2009

SELAMAT KEMBALI KE KSKB

Keningau, 08.05.2008 (Fri) :
Seramai 12 orang pelatih JTMP Ambilan Jan 2007 yang menjalani latihan praktikal selama setahun di Hospital Keningau telah mengadakan jamuan ringkas sebagai tanda terimakasih kepada staf Jabatan Patologi, Hospital Keningau.
Mereka akan menduduki peperiksaan pada 18.05.2009 di Hospital Keningau sebelum bercuti dan kembali ke KSKB pada 30 Jun 2009.
Syabas.. dan Selamat Maju Jaya.
Preseptor Tempatan
Program Dip. Teknologi Makmal
KKM
Hospital Keningau

Monday, January 5, 2009

MLT Pelatih Ambilan Januari 2007


Tirina/Sofiah/Merinaevaly/Susan

Norizayu/Norhafizah/Donovan/Fazilah

Norfatiha/Oswald/Fairuz/Faridatun
Tempoh Latihan 01.07.2008 hingga 30.06.2009

Tuesday, November 25, 2008

Aktiviti Pusat Latihan & Pelatih


Mr Robert Dapan,
Pengajar Kolej Teknologi Makmal Perubatan,
Kuching bergambar kenangan bersama
pelatih Dip. Teknologi Makmal, KKM (Ambilan 2005)
dan Preseptor Tempatan, En. Donil Gitom.

Pengetua Kolej Teknologi Makmal Perubatan, Kuching
bergambar bersama pelatih JTMP, KKM ambilan 2005
semasa membuat penyeliaan pada 14.05.2008

About Me