Saturday, June 27, 2009

PELATIH BARU SESI JULAI 2009

Seramai 11 orang Pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan Sesi Julai 2009 hingga Jun 2010 akan melapor diri pada 1.7.2009 di Jabatan Patologi, Hospital Keningau untuk menjalankan latihan praktikal mereka selama satu tahun.

Preseptor bagi Pusat Latihan Amali, Diploma Teknologi Makmal Perubatan (KKM), Hospital Keningau sejak ia menjadi Pusat latihan pada 2004, En. Donil Gitom memaklumkan bahawa mereka terdiri dari 3 orang lelaki dan 8 orang perempuan.

Penempatan pelatih wanita di Asrama Jururawat, Hospital Keningau belum dapat dibuat sehingga akhir Julai 2009 kerana Asrama tersebut masih dalam proses penyelenggaraan.

Preseptor yang baru akan dilantik untuk menggantikan tugas En. Donil yang akan bertukar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 12 Julai 2009 kerana kenaikan pangkat. Beliau mencadangkan tugas tersebut diambil alih oleh pembantu beliau iaitu En. Galusin @ George Kipa.

No comments:

About Me