Sunday, May 24, 2009


LAWATAN PEMANTAUAN KETUA PROGRAM
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
Keningau, 03 April 2009 - Ketua Program Kursus Diploma Teknologi Makmal Perubatan, KSKB Kuching, Sarawak Puan Noorazlyn Abdullah telah membuat lawatan di Pusat Latihan Praktikal, Hospital Keningau bersama dengan seorang pengajar kolej berkenaan baru-baru ini.
 
Semasa lawatan tersebut selama 3 hari beliau telah membuat kunjungan hormat Ketua Jabatan Patologi diiringi Preseptor Tempatan, En. Donil Gitom. Beliau juga mengadakan sesi perbincangan bersama local preceptor latihan mengenai cadangan penghantaran pelatih pra klinikal pada bulan Mei 2009. 

Beliau juga telah mengadakan sesi perbincangan khas dengan 12 orang pelatih JTMP ambilan Jan 2007 yang akan menamatkan latihan amali mereka pada penghujung bulan Jun 2009 di Hospital Keningau.



Puan Noorazlyn (tengah) bergambar 
kenangan dengan Local Preceptor 
dan pelatih JTMP

No comments:

About Me